
Foto Hiasan
Setiap hari, kita pasti akan menghadiri pelbagai bentuk majlis sama ada majlis ilmu, perhimpunan rasmi, mesyuarat, forum, mahupun perbualan santai bersama sahabat. Dalam keghairahan berinteraksi, mungkin tanpa sedar kita telah menyebut sesuatu yang tidak bermanfaat, menyinggung orang lain, atau melakukan kesalahan yang tidak disengajakan.
Namun, Islam sebagai agama yang penuh rahmat telah mengajarkan adab dan amalan yang boleh menyucikan kita daripada kekhilafan yang berlaku sepanjang majlis. Salah satu daripadanya ialah membaca doa penutup majlis, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

Foto: X (@myJAWI)
Doa ini bukan sahaja menyempurnakan adab majlis, malah menjadi penghapus dosa kecil yang mungkin berlaku sepanjang pertemuan tersebut. Ia juga satu pengiktirafan bahawa hanya Allah SWT yang Maha Sempurna dan kita sebagai manusia tidak lari daripada kekurangan.
Bayangkan, hanya dengan lafaz yang pendek dan mudah ini, majlis yang kita hadiri atau anjurkan boleh berubah menjadi ladang pahala dan keberkatan. Semoga dengan mengamalkan doa ini secara berterusan, kita bukan sahaja mendapat keampunan, malah meraih rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Moga setiap pertemuan dan perbualan menjadi saksi amal soleh kita di akhirat kelak.
Sumber: X (@myJAWI)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.