Kebelakangan ini, cuaca makin panas, hujan malam pun sekejap sahaja. Angin malam pun panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca ini disebabkan kita sedang berada pada penghujung Fasa Monsun Timur Laut. Taburan hujan di Semenanjung Malaysia adalah rendah dan cuaca menjadi makin panas.
Sebab itu ramai orang dinasihatkan supaya banyakkan minum air dan kurangkan melakukan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas. Selain itu, inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Ertinya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Surah Al-Baqarah (ayat 153)
Jadi kita boleh amalkan doa ini.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ
(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam )
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu
Selain berdoa, kita boleh amalkan zikir ketika berada dalam cuaca panas.
Ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah ‘Ya Latif’ sepenuh hati dan berulang-ulang kali.
‘Ya Latif’ bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.
Sumber: Islam Itu Indah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.