Datuk Seri Mohamad Al-Bakri disahkan pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan dibenarkan keluar dari wad hari ini.
Memetik laporan Awani, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkannya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja.
"Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.
"Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin," katanya.
Dr Zulkifli disahkan positif COVID-19 pada 5 Oktober lepas.
Dr Zulkifli turut berdoa rakyat yang menghidap COVID-19 segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.