Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Jangan Melampaui Batas Ketika Ziarah Kubur…” – Dr Zulkifli Tegur Elak Lakukan Hal Luar Adab

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 Jun 2025, 01:26 PM

“jangan melampaui batas ketika ziarah kubur…” – dr zulkifli tegur elak lakukan hal luar adab

Foto: Facebook

Penceramah terkenal dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tampil memberikan peringatan tegas kepada masyarakat agar tidak melampaui batas dalam amalan menziarahi kubur, khususnya apabila timbul pelbagai kelakuan yang menyalahi adab Islam sejak kebelakangan ini.

Kenyataan beliau hadir selepas tularnya beberapa video dan laporan mengenai tindakan tidak wajar oleh orang ramai ketika menziarahi pusara Allahyarhamah Nurly Shahira, yang dikenali sebagai seorang penghafaz al-Quran dan telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Menurut Dr Zulkifli, walaupun menziarahi kubur merupakan amalan yang dituntut dalam Islam kerana ia mengingatkan manusia kepada kematian, namun ia mestilah dilakukan dengan penuh adab, tatasusila, dan pemahaman yang betul. Beliau menegaskan bahawa ziarah kubur bukan sekadar perbuatan simbolik atau emosional semata-mata, tetapi harus bersandar kepada panduan syariat.

Apa yang menjadi perhatian utama adalah tindakan sesetengah individu yang didakwa mengambil tanah di atas kubur Allahyarhamah dan menyimpannya seolah-olah ia memiliki unsur keramat atau keberkatan tersendiri. Malah, terdapat juga pengunjung yang dilaporkan mengusap-usap batu nisan dan merakamkan video dengan tujuan tertentu, yang akhirnya mencetuskan persepsi tidak baik serta membuka ruang kepada amalan khurafat dan bidaah.

“Apabila kita mendengar kisah mengenai keharuman jenazah atau keistimewaan seseorang yang wafat, itu adalah perkara ghaib yang tidak semestinya perlu diperbesarkan.

“Kita mengambil iktibar daripadanya, bukan menjadikan ia bahan keghairahan yang membawa kepada amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam,” jelas beliau.

Dr Zulkifli turut mengingatkan bahawa pengambilan tanah kubur dengan niat tertentu, apatah lagi untuk disimpan atau digunakan sebagai azimat, adalah perbuatan yang tidak diajar dalam Islam dan boleh menjurus kepada syirik. Apa-apa jua amalan atau pendekatan yang dilakukan dalam hal berkaitan kematian perlu bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah, serta tidak boleh dipengaruhi oleh kepercayaan karut.

Tindakan luar kawalan oleh segelintir pihak menyebabkan keluarga Allahyarhamah terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang tali sempadan di sekitar kawasan kubur, sebagai usaha menjaga kemuliaan pusara dan mengelakkan perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian tanah perkuburan. Langkah ini dilihat sebagai satu bentuk peringatan bahawa walaupun si mati dihormati, namun ziarah terhadap kuburnya perlu dilakukan dengan penuh tertib dan bukan sebagai bahan tontonan awam.

Beliau turut mengajak masyarakat untuk kembali kepada tujuan sebenar ziarah kubur, iaitu mendoakan kesejahteraan roh si mati, membaca ayat-ayat al-Quran seperti Surah Al-Fatihah, dan menginsafi diri sendiri tentang kematian yang pasti akan datang.

Katanya, jika ziarah itu dilakukan dengan niat selain daripada doa dan keinsafan, maka ia sudah jauh menyimpang daripada maksud yang sebenar.

Mengakhiri nasihatnya, Dr Zulkifli menyeru agar setiap individu yang berhasrat untuk menziarahi tanah perkuburan memahami dengan jelas batas dan panduan yang ditetapkan oleh agama. Masyarakat juga disarankan untuk tidak menjadikan pengalaman ziarah sebagai konten media sosial yang berlebihan, sehingga merendahkan nilai sebenar amalan tersebut.

“Ziarah kubur bukan untuk sensasi, tetapi untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan menyedari bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara,” ujar beliau dengan penuh hikmah.

Sumber: Facebook Dr. Zulkifly

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us