Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Emas Yang Digadai Masih Wajib Dibayar Zakat?

Ada pelbagai jenis zakat lagi yang perlu diketahui, antaranya ialah zakat emas.
Editor
30 Dec 2020, 07:27 PM

Selain daripada zakat fitrah yang wajib dibayar, ada pelbagai jenis zakat lagi yang perlu diketahui, antaranya ialah zakat emas.

Zakat emas dan perak merupakan zakat barangan kemas dan perhiasan wanita. Ia dikeluarkan ke atas emas yang telah cukup nisab dan haulnya sama ada emas itu dipakai atau disimpan.

emas yang digadai masih wajib dibayar zakat?

Ulama menyebutkan bahawa terdapat dua kategori emas yang diwajibkan zakat, iaitu emas yang tidak dipakai dan yang dipakai.

1. Untuk emas yang tidak dipakai, ia bermaksud emas yang disimpan, tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun.

2. Untuk emas yang dijadikan perhiasan wanita pula merujuk kepada emas yang dipakai sama ada secara berkala atau berterusan dalam tempoh setahun.

Dalam kategori ini, tidak wajib mengeluarkan zakat ke atasnya selagi ia tidak melebihi uruf (had pemakaian setempat yang dibenarkan dan ia berbeza mengikut negeri).

Mafhum: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.” (Surah At-Taubah, 9:34-35)

emas yang digadai masih wajib dibayar zakat?

Namun, wujud persoalan, adakah emas yang digadai masih dikenakan zakat?

Emas yang digadai di pajak gadai masih tidak terputus haul (waktu) dan wajib dizakatkan ke atas peratusan yang masih menjadi hak si penggadai.

Sebagai contoh; Aminah telah menggadai dua utas rantai emas seberat 50 gram dan diberikan pinjaman oleh ar-rahnu (pajak gadai) sekadar 70 peratus (iaitu 35 gram).

Maka, baki berat emas sebanyak 15 gram di ar-Rahnu masih dianggap sebagai miliknya yang sempurna. Justeru, wajib ke atasnya untuk dizakatkan emas tersebut.

Ia juga adalah dengan syarat ia perlu ditambah dengan lain-lain emas yang disimpan dan melebihi nisab, iaitu 85 gram.

Jadi, cara pengiraannya ialah emas yang tidak dipakai (disimpan di rumah) + baki emas di Pajak Gadai Ar-Rahnu (iaitu 75 gram + 15 gram = 90 gram).

Jadi, jumlah berat emas sebanyak 90 gram perlu dizakat kerana ia telah melebihi nisab 85 gram.

90 gram emas x Harga emas semasa x 2.5% = Zakat Emas yang perlu dibayar

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us