Pelakon tanah air, Emma Maembong sudah sah menjadi isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar dengan sekali lafaz pada jam 11:58 pagi tadi.
Kedua mempelai memilih tarikh istimewa 20/02/2020 sebagai tarikh ikatan suci mereka. Pernikahan tersebutan dibuat dihadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmad Abdul Aziz dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Maembong.
Majlis pernikahan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri lebih 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan sahabat rapat.
Busana bertemakan serba putih rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail menjadi pilihan Emma dan pasangan untuk hari istimewa mereka.
Tahniah diucapkan kepada Emma Maembong dan suami!
Kredit foto: Instagram Ezuwan Ismail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.