Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Dalam berjuta orang, Allah beri saya rezeki, ada orang tarik saya dan ajak untuk uruskan jenazah”- Fizo Omar Kongsi Pengalaman Mengerjakan Haji

Masha Allah, hebatnya rezeki yang diberikan oleh Allah swt kepada Fizo Omar
Editor
13 Sep 2019, 04:00 PM

“dalam berjuta orang, allah beri saya rezeki, ada orang tarik saya dan ajak untuk uruskan jenazah”- fizo omar kongsi pengalaman mengerjakan haji

Figura berasal dari Kelantan ini dikenali sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan. Baru-baru ini, pemilik nama Fizo Omar telah selamat mengerjakan haji. Ketika beliau mengunjungi ZAYAN baru-baru ini, kami sempat menemubual akan pengalaman beliau mengerjakan  haji.

“Sewaktu wukuf di Arafah Saya betul-betul  nampak kebesaran Allah yang beri keinsafahan kepada saya. “ Kata Fizo memulakan cerita paling menakjuban yang berlaku kepadanya saat di Mekah.

Fizo bercerita, dalam berjuta-juta umat manusia yang mengerjakan haji, dia dipilih oleh Allah untuk menguruskan jenazah.

“Dalam ramai-ramai orang, ada orang tarik saya untuk uruskan jenazah. Saya mandikan jenazah, saya kafankan jenazah. Saya solat jenazah belakang imam. Saya masuk liang lahad orang yang saya tak kenal. Apa Allah cuba tunjuk dekat saya.” Cerita Fizo yang menganggap perkara tersebut sebagai rezeki besar yang diberikan olah Allah swt.

Fizo juga berkata dia berasa agak menyesal dan bersalah kerana tidak mengerjakan fardhu haji lebih awal biarpun dia berkemampuan.

Fizo juga menyeru kepada orang muda untuk mengerjakan haji sekiranya berkemampuan dari segala segi.

“Simbolik yang saya nampak apabila orang muda mengerjakan haji adalah mereka dapat membantu jemaah yang tua. Ketahuilah, sekiranya kita memudahakan urusan oran, Allah akan memudahkan urusan kita.”

Apabila di soal tentang pengajaran yang dia peroleh daripada ibadah haji, ini jawapan Fizo,

“Kau dato’ ke, kau artis ke, kau jutawan ke, kita semua sama. Sampai di sana, kita semua sembah Allah yang sama. Jangan sombong” Pesannya bersungguh.

Selepas selesai segala urusan haji, Fizo menyatakan bahawa tempat paling seronok dan sesuai untuk mencari ketenangan adalah Tanah Suci Mekah.

Kami di ZAYAN mendoakan yang terbaik buat Fizo Omar dan semoga perjalanan lalu memberi sejuta makna dan pengajaran kepada Fizo dan juga orang lain.

Ikuti temubual inspirasi ZAYAN bersama Fizo Omar tentang pengalamannya dan juga perihal keluarga serta kerjaya di semua platform media sosial ZAYAN.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}