Tak dinafikan telefon bimbit merupakan antara gajet yang sangat penting masa kini. Ada sahaja perkara yang perlu dilakukan dengan peranti ini dalam memudahkan urusan seharian.
Disebabkan itu juga, ramai yang sering ‘melekat’ dengan telefon bimbit, sehingga membuatkan seseorang itu akan merasa cemas, panik dan gelisah sekiranya tidak bersama dengan telefon bimbit masing-masing.
Dikenali sebagai nomophobia, istilah ini merujuk kepada mereka yang fobia apabila tidak memegang telefon bimbit. Masalah ini memberi kesan kepada kualiti hidup dan kesihatan seseorang.
Nomophobia juga membuatkan seseorang itu merasa bimbang jika ketinggalan sesuatu berita atau perkembangan terkini yang ada dalam handphone mereka, lagi-lagi ketika sebelum waktu tidur.
Selain itu, mereka yang sering merasa cemas apabila kehabisan bateri dan juga ketiadaan WiFi atau internet juga merupakan tanda-tanda menghidap nomophobia.
Penggunaan telefon bimbit sebelum tidur dengan pengcahayaan sekeliling yang gelap, boleh membuatkan mata seseorang itu cepat menjadi rabun dan rosak.
Tiada rawatan khusus bagi merawat nomophobia, sebaliknya ia perlu dikawal oleh individu itu sendiri seperti mematikan telefon sebelum tidur dan letakkan fungsi ‘do not disturb’ pada waktu malam.
Dapatkan rawatan dan bantuan dari pakar psikologi sekiranya masalah ini memberi kesan kepada kehidupan anda.
Sumber: Healthline
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.