Kajian terbaru yang dikendalikan oleh Khazanah Research Institute (KRI), menerusi penerbitan The School-to-Work Transition of Young Malaysians menunjukkan kebanyakkan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
Mensasarkan mereka yang berusia 15 hingga 29 tahun, kajian yang dijalankan pada hujung 2017 sehingga 2018 ini merumuskan:
#1 – Fresh grad sanggup untuk bekerja dengan gaji yang rendah
Buat graduan yang pertama kali memohon pekerjaan, jangkaan gaji oleh mereka adalah lebih tinggi dan semakin lama mereka memohon kerja, jangkaan gaji itu semakin rendah, sehingga kepada RM1,550 sebulan.
Daripada kajian tersebut juga menunjukkan, lepasan ijazah mensasarkan gaji serendah RM1,900 dan RM2,200 buat lepasan sarjana.
#2 - Lebih ramai belia Malaysia dipaksa bekerja secara tidak formal dan tidak menentu
#3 – Kira-kira 95% graduan adalah terlebih layak untuk pekerjaan semasa
KRI menunjukkan, kira-kira 95% graduan mempunyai kelayakkan yang lebih tinggi berbanding dengan pekerjaan semasa, dan 50% daripada mereka bekerja dalam industri yang tidak menggunakan skill mereka sepenuhnya.
Sumber: KRI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.