Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Pupuk Rasa Sayang Haiwan, Setiap Hari Beri 100 Kucing Jalanan Makanan

Kasih sayang terhadap haiwan diterapkan gadis ini sejak kecil lagi.
Muhammad Izwan Zainal
04 May 2021, 02:00 PM

Kehadiran Nor Izyan Syahida Rosli pada setiap petang amat dinantikan ratusan ekor kucing ke Pantai Cahaya Bulan.

Lebih 100 ekor kucing jalanan yang rata-rata dibuang pemilik asal menjadi tumpuan dan rutin harian gadis ini memberi makanan dan rawatan ketika sakit.

pupuk rasa sayang haiwan, setiap hari beri 100 kucing jalanan makanan

Ketika kali pertama Syahida datang ke lokasi tersebut, sebanyak dua kilogram makanan kucing yang dibawanya habis dalam tempoh singkat.

"Ketika itu, saya lihat sendiri bagaimana kucing di sini mencari makanan, ada yang menyelongkar tong sampah di sekitar lokasi ini tetapi makanan tidak ada. 

“Tersentuh melihat perkara tersebut, saya teruskan aktiviti memberi makanan dan minuman kepada kucing di sini sehingga hari ini," katanya.

pupuk rasa sayang haiwan, setiap hari beri 100 kucing jalanan makanan

Syahida tidak kisah berulang-alik kira-kira 24 kilometer dari kediamannya di Kampung Langgar ke lokasi tersebut dan meluangkan masa dua jam bersama ratusan ekor kucing di situ.

"Bantuan untuk makanan kucing disumbangkan oleh 'Dady Oyen Strays Malaysia', mereka akan agihkan kepada 'feeder dan rescuer' kucing jalanan di seluruh negara termasuk kepada saya.

"Selain itu, sumbangan turut diterima dari orang awam yang terpanggil untuk turut sama menyalurkan bantuan kepada kucing jalanan di sini dan secara purata sejumlah RM150 diperlukan sehari," katanya.

pupuk rasa sayang haiwan, setiap hari beri 100 kucing jalanan makanan

Malah, Syahida akan memberi rawatan segera kepada kucing yang memerlukan dan membawa ke klinik veterinar jika perlu menerima rawatan yang serius.

"Selain makanan, setiap kali datang ke sini saya turut membawa ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat tahan sakit, vitamin, penggalak imunisasi dan makanan pelengkap.

"Ini kerana ada kucing di sini yang memerlukan rawatan kena menghidapi penyakit seperti selesema, demam, sakit mata, cirit-birit, kurap, penyakit kulat sporotrichosis serta diserang virus parvo," katanya.

Hampir setahun melakukan aktiviti ini, Syahida tekad untuk meneruskan aktiviti tersebut dan berharap masyarakat lebih peka untuk tidak membuang mamalia tersebut.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}