Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Garis Panduan Solat Jumaat Dan Solat Berjemaah Di Masjid Sepanjang PKPP

Garis panduan ini telah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Editor
11 Jun 2020, 06:47 PM

Keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti beribadah di masjid, surau Jumaat, dan surau di Wilayah Persekutuan hanya kepada warga negara.

garis panduan solat jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang pkpp

Berikut merupakan Garis Panduan Perluasan Kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) untuk masjid, Surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan.

Garis panduan ini telah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu sidang media di Putrajaya.

PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM YANG INGIN SOLAT BERJEMAAH:

• Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan di luar masjid;

• Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka;

• Cara masuk dan keluar masjid mesti dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;

• Semua ahli jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid;

• Jika wuduk terbatal, anda dibolehkan untuk mengambil wuduk di pili air yang ditetapkan sahaja. Penggunaan kolah tidak dibenarkan;

• Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang;

• Tidak ada bersalaman dan bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau.

• Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di dalam atau di luar masjid;

garis panduan solat jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang pkpp

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI:

• Mewujudkan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah;

• Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat;

• Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa

• Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran atau aplikasi yang disediakan pihak jawatankuasa kariah masjid, Surau Jumaat dan surau;

• Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan;

garis panduan solat jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang pkpp

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}