Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

“Gaza Kini Kubur Terbuka” – Israel Sekat Semua Bantuan, Rakyat Palestin Derita Tanpa Arah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
17 Apr 2025, 02:43 PM

“gaza kini kubur terbuka” – israel sekat semua bantuan, rakyat palestin derita tanpa arahFoto: Agensi

Situasi di Semenanjung Gaza semakin meruncing apabila Israel mengumumkan bahawa tiada bantuan kemanusiaan akan dibenarkan masuk ke wilayah tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyatakan secara tegas bahawa negaranya tidak akan membenarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan ke Gaza sebagai sebahagian daripada tekanan berterusan terhadap Hamas.

Kenyataan itu muncul di tengah-tengah amaran keras daripada pelbagai badan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyifatkan keadaan di Gaza kini sebagai bencana kemanusiaan paling buruk sejak perang meletus pada Oktober 2023.

Namun, Israel tetap dengan pendiriannya dan menyambung semula operasi ketenteraan secara besar-besaran pada 18 Mac lalu, menamatkan gencatan senjata selama dua bulan.

Israel telah menutup sepenuhnya akses bantuan sejak 2 Mac, menyebabkan penduduk Gaza yang seramai 2.4 juta orang berdepan dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan air bersih.

Dalam pada itu, Doctors Without Borders (MSF) yang merupakan sebuah organisasi perubatan antarabangsa, menyifatkan Gaza sebagai “tanah perkuburan besar” bagi rakyat Palestin dan para pekerja bantuan yang berusaha menyelamatkan nyawa.

“Tiada lagi tempat selamat untuk sesiapa di Gaza, termasuk mereka yang datang untuk membantu,” kata Amande Bazerolle dari MSF.

Tambahnya lagi, tindak balas kemanusiaan hampir lumpuh sepenuhnya akibat keganasan berterusan dan kekurangan bekalan kritikal, menjadikan rawatan perubatan hampir mustahil.

Pejabat PBB untuk Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) turut menyatakan bahawa tiada bekalan berjaya dibawa masuk ke Gaza sejak sebulan setengah yang lalu.

Menurut OCHA, situasi ini mungkin yang paling teruk sejak permusuhan bermula, dengan stok perubatan dan keperluan asas hampir habis sepenuhnya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan tekanan ketenteraan adalah satu-satunya cara untuk membebaskan 58 tebusan yang masih ditahan di Gaza. Dalam kenyataannya kepada tentera di utara Gaza, beliau berkata, “Hamas akan terus menerima tamparan demi tamparan.”

Lawatan Netanyahu ke wilayah bergolak itu turut dikecam oleh Kementerian Luar Palestin di Ramallah, yang menyifatkan tindakan itu sebagai “pencerobohan provokatif” yang bertujuan mengintensifkan jenayah genosid dan pengusiran paksa terhadap rakyat Palestin.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dijadualkan membuka prosiding pada 28 April untuk meneliti tanggungjawab kemanusiaan Israel dalam isu ini.

Walaupun keputusan ICJ adalah mengikat dari segi undang-undang, badan kehakiman itu tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menguatkuasakannya.

Dalam perkembangan terbaru, serangan udara Israel pada Rabu telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa, 10 daripadanya di Bandar Gaza.

Sehingga kini, lebih 51,000 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh sejak perang bermula kebanyakannya adalah orang awam. Serangan balas Hamas pada 7 Oktober 2023 juga telah mengorbankan 1,218 orang di Israel.

Dengan tiada tanda-tanda konflik akan reda, Gaza kini benar-benar menjadi simbol penderitaan berpanjangan dan dunia hanya mampu menyaksikan dari jauh.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us