Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

gerak hati beri kucing makan selamatkan nyawa lima sekeluarga

Gerak hati beri kucing makan selamatkan nyawa lima sekeluarga
raja muhammad faiz
12 May 2022, 09:55 AM

Gerak hati beri kucing makan selamatkan nyawa lima sekeluarga

Rumah dua tingkat didiami keluarga terbabit terbakar di Lorong 2, Sungai Kajang Lama di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian

TANJONG KARANG: Gerak hati seorang wanita memberi kucing makan menyelamatkan lima keluarga daripada rentung selepas rumah dua tingkat didiami mereka terbakar di Lorong 2, Sungai Kajang Lama di sini pada Isnin.

Maryam Sarman, 53, berkata, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari sebaik ingin keluar daripada bilik tidurnya di tingkat atas untuk turun ke bawah memberi kucing peliharaan makanan.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut sebalik melangkah keluar dari biliknya apabila ternampak asap dan terdengar bunyi letupan kecil di bahagian dinding salah sebuah bilik tidur tingkat atas.

"Saya hanya mampu menjerit dan meminta semua keluar daripada rumah menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Maryam berkata, semasa kejadian itu, dua anak saudaranya berada di bilik tingkat atas, manakala kakak dan abang iparnya berada di tingkat bawah.

Katanya, api marak dengan cepat dan dia hanya sempat menyelamatkan barangan kemas dan beg tangan.

"Ahli keluarga lain tidak sempat menyelamatkan barangan berharga dan hanya mampu melihat api membakar rumah," ujarnya.

Katanya, rumah didudukinya itu berusia lebih 50 tahun lalu dan merupakan peninggalan arwah ibu dan bapanya.

"Kami adik beradik baharu sahaja menyambut Aidilfitri di rumah ini dan sudah tentu ia meninggalkan banyak kenangan manis kepada kami lebih-lebih lagi kejadian berlaku semasa Syawal," jelasnya.

Katanya, buat masa ini, mereka menumpang di rumah abang sulungnya, Subkhi Sarman, 58, di Jalan Nanas Sawah Sempadan.

"Saya bersyukur kami semua selamat dan tiada sebarang kecederaan menimpa ahli keluarga lain," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, lima penghuni terselamat selepas sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di Lorong 2 Sungai Kajang Lama di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.12 pagi.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us