Dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia adalah satu-satunya spesies biawak yang hidup di habitat kering dan berbatu. Haiwan eksotik ini sering tinggal di kawasan padang pasir serata timur tengah termasuk Mesir, Libya dan Palestin.
Ia juga merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur dan mempunyai kulit bersisik tebal. Selain itu, Dhab merupakan sejenis haiwan yang hanya memakan tumbuhan atau sayuran.
Antara dalil yang digunakan oleh para ulama’ dalam mengharuskan memakan dhab ini adalah berdasarkan sebuah hadith :
Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata:
“Aku dan Khalid bin al-Walid bersama Rasulullah SAW masuk ke rumah Maimunah. Lalu dihidangkan kepada kami daging dhab yang telah dibakar dan Rasulullah SAW menghulurkan tangannya untuk mengambil daging tersebut. Tiba-tiba sebahagian daripada wanita yang berada di rumah Maimunah berkata: “Beritahulah kepada Rasulullah SAW hidangan apa yang beliau makan?.” Rasulullah SAW pun menarik tangannya, lalu aku bertanya: “Apakah daging tersebut haram wahai Rasulullah?.” Beliau menjawab: “Tidak, tetapi ia tidak terdapat di negeri kaumku, maka aku tidak menyukainya.” Khalid berkata: “Aku mengambil daging tersebut dan memakannya, sedangkan Rasulullah SAW hanya melihat.”
[ RIWAYAT MUSLIM (1945) ]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.