Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang empen Hari Hijab Sedunia ataupun World Hijab Day yang jatuh pada 1 Feb setiap tahun.
Kempen ini dimulakan pada tahun 2013 oleh Nazma Khan, seorang wanita Muslim di New York. Kempen ini dianjurkan atas tujuan untuk menggalakkan wanita dari latar belakang dan agama berlainan untuk memakai dan mengalami kehidupan berhijab.
Tagline pada tahun ini adalah “Unity in Diversity” disertai dengan hashtag #EmpoweredInHijab sebagai tema kempen.
Hari Hijab Sedunia diperkenalkan oleh Nazma selepas menjadi mangsa diskriminasi dan sentiasa dibuli oleh kerana berhijab.
Ramai yang bersangka bahawa hijab ini adalah satu simbol penindasan. Oleh itu, Nazma mengadakan kempen ini dengan harapan untuk mengubah persepsi orang tentang hijab.
World Hijab Day pada tahun ini lebih menitikberatkan atas diskriminasi wanita Muslim berhijab yang berlaku sepanjang tahun 2019.
Cathey, seorang peserta kempen ini menyatakan bahawa dia sudah menyertai World Hijab Day selama 5 tahun.
"Saya mempunyai ramai rakan dari pelbagai agama. Saya suka dapat menyokong mereka dan sesiapa sahaja yang memilih untuk berhijab. Ketika saya berhijab, saya merasakan seperti diri saya yang sebenar dapat keluar, saya berasa lengkap."
"Pengalaman saya memakai hijab hampirnya selalu positif, hanya dengan beberapa tatapan yang tidak berapa ramah."
"Di dunia kita hari ini kita perlu lebihkan usaha untuk memahami satu sama lain."
Sumber: worldhijabday.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.