Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 dipinda kepada Isnin, 8 Jun daripada Sabtu, 6 Jun.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Kerajaan juga telah bersetuju supaya mulai tahun 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Hari Keputeraan Rasmi Baginda adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.
"Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am," katanya.
Sumber: BERNAMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.