Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Saintis Beri Amaran Bahawa Dunia Sedang Memecut Laju, Apa Yang Berlaku Pada Bumi?

IDRUS, Husna Najwa
04 Aug 2025, 11:02 AM

saintis beri amaran bahawa dunia sedang memecut laju, apa yang berlaku pada bumi?

Foto Hiasan

Bayangkan dunia berputar sedikit lebih laju, begitu laju sehingga satu hari menjadi lebih pendek, walaupun hanya dalam ukuran milisaat. Bunyi seperti sains fiksyen? Tidak lagi. Para saintis kini memberi amaran bahawa fenomena ini sedang berlaku di hadapan mata kita.

Menurut laporan Daily Mail UK, saintis mendedahkan bahawa Bumi kini sedang berputar dengan kelajuan luar jangka, membawa kepada kemungkinan hari terpendek dalam sejarah manusia moden akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ahli astrofizik dari Universiti London, Graham Jones, menyatakan bahawa putaran ini bukan hanya satu anomali semata-mata, tetapi satu trend yang sedang meningkat. Beberapa tarikh musim panas ini 9 Julai, 22 Julai dan 5 Ogos berpotensi menjadi hari yang lebih pendek hingga1.51 milisaat daripada tempoh biasa 24 jam.

Kebiasaannya, satu putaran lengkap Bumi mengambil masa 86,400 saat (24 jam). Tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor semula jadi dan geofizikal, masa ini boleh berubah sedikit. Antara punca yang dikenal pasti termasuklah gempa bumi besar yang mengubah kedudukan jisim Bumi, pencairan glasier yang mengalihkan berat air laut dan fenomena iklim seperti El Niño.

Namun begitu, saintis mengakui bahawa punca sebenar pecutan terkini masih menjadi misteri. Seorang penyelidik dari Universiti Negeri Moscow, Leonid Zotov, menyatakan. “Tiada siapa menjangkakan perkara ini, dan puncanya belum diketahui sepenuhnya.”

Fenomena ini bukanlah yang pertama. Malah, sejak tahun 2020, Bumi telah beberapa kali memecahkan rekod hari terpantas. Tahun 2023 menunjukkan sedikit perlambatan, namun 2024 membawa kembali trend pecutan yang lebih konsisten.

Perubahan sekecil 1 milisaat mungkin kelihatan remeh, tetapi impaknya pada dunia moden sangat besar. Teknologi seperti sistem GPS, rangkaian komunikasi global, sistem perbankan antarabangsa dan perdagangan berfrekuensi tinggi serta penjadualan satelit dan penerbangan. Hal ini menjejaskan perkara di atas kerana semuanya bergantung kepada pengukuran masa yang sangat tepat.

Menurut pakar, fenomena ini mungkin hanya sementara. Bumi secara semula jadi mengalami kitaran perlahan dan cepat dalam jangka masa panjang. Namun, setakat ini, ttrend pecutan belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

saintis beri amaran bahawa dunia sedang memecut laju, apa yang berlaku pada bumi?

Foto: Scientific Caribbean

“Lambat laun, Bumi akan perlahan semula,” kata Zotov. Tetapi buat masa ini, para saintis masih berusaha memahami misteri kelajuan planet kita.

Fenomena ini mengingatkan kita betapa dinamiknya planet yang kita diami. Dalam dunia yang sentiasa bergerak, kadangkala perubahan yang paling kecil, sekadar milisaat boleh membawa impak besar kepada teknologi, kehidupan harian dan pemahaman kita tentang alam semesta.

Mungkin, hari ini terasa seperti berlalu lebih cepat… kerana ia memang benar-benar berlaku. Jika anda rasa dunia ini semakin cepat bergerak, mungkin anda tidak silap pun.

Sumber: Daily Mail UK

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us