
Foto: Instagram
Penyanyi, Harris J sebelum ini mencipta fenomena dengan album Salam, menyanyikan lagu-lagu seperti Rasulullah dan My Hero yang menggugah hati peminat muzik Islam, dengan suara tinggi yang merdu dan lirik penuh makna, menjadikannya bintang muda yang banyak digemari.
Namun, siapa sangka, perjalanan hidup Harris J berubah drastik dari apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Menerusi sebuah siaran yang dikongsikan oleh Hamzian Zulkifli menerusi media sosial Facebook miliknya, dirinya menjelaskan bahawa sedari kecil, Harris J dididik dengan nilai-nilai agama dan hubungan erat dengan Al-Quran.
Tetapi seiring usia, dia mula melalui fasa rebel—berubah penampilan, terlibat dalam pergaulan yang tidak baik, dan bahkan melalui hubungan yang tidak sihat.
Dalam sebuah acara podcast, dia pernah berkongsi, “Saya struggle dengan ibu bapa saya, nak bebas macam mana pun.” Malah, lagu Let Me Breathe juga menggambarkan perjuangannya untuk berdikari tanpa halangan.
Namun, setelah beberapa tahun dalam kegelapan, Harris J mula kembali ke jalan yang benar. Dalam lagu O' Allah, dia memohon ampun atas kesilapannya dan mengakui bahawa populariti yang dicapainya tidak memberikan kebahagiaan sejati. "Fame and popularity are no longer my pursuit. I have gained them, but they feel empty," ujarnya.

Foto: Instagram
Kini, dengan kolaborasi terbarunya bersama Maher Zain dalam lagu Qalbi Fil Madinah, perubahan jelas terlihat. Harris J kembali kepada identiti asalnya—tanpa subang, rantai, atau tatu. Dia kembali pada Allah, menyedari bahawa hidayah adalah sesuatu yang tak ternilai.
Kisah Harris J ini mengingatkan kita bahawa hidayah itu milik Allah. Seperti kata Hamizan Zulkifli, "Nilai agama yang diasuh dalam diri seorang anak akhirnya akan jadi tali yang menarik dia kembali apabila hanyut”.
Menurutnya, semua manusia pernah melalui fasa rebel, tapi dengan izin Allah, apa yang diajar sejak kecil akan kembali menjadi cahaya di jalan yang benar.
Harris J membuktikan bahawa perjalanan hidup tak selalunya lurus, tapi dengan niat yang ikhlas, semua manusia berpeluang untuk kembali ke jalan Allah.
Sumber: Facebook Hamizan Zulkifli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.