Foto: Instagram
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, berkongsi pesanan penuh kasih daripada rakan seperjuangan misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang sama-sama ditahan dalam penjara Israel kepada rakyat Malaysia.
Menurut Hazwani, atau nama penuhnya Nur Hazwani Afiqah Helmi, 28, rakan-rakan aktivis dari pelbagai negara berikrar untuk meneruskan perjuangan membantu rakyat Gaza yang terus tertindas akibat kekejaman rejim Zionis.
“Semasa kami di penjara Israel, mereka berpesan kepada saya — ‘Sampaikan rasa cinta kami kepada rakyat Malaysia. Ini hanyalah permulaan. Selepas ini, kita akan berjuang lagi, dengan gelombang yang lebih besar’,” tulisnya di Threads.
Terdahulu, Hazwani bersama 22 sukarelawan Malaysia yang menyertai konvoi bantuan ke Gaza tiba di tanah air malam semalam sekitar jam 10 malam, disambut meriah oleh ribuan orang awam.
Selain Hazwani, misi kemanusiaan itu turut disertai beberapa selebriti tanah air termasuk Datin Seri Heliza Helmi, Ardell Aryana dan Zizi Kirana.
Kesemua peserta Malaysia dibebaskan pada Sabtu lalu selepas ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa, sebelum diterbangkan dari Lapangan Terbang Ramon di Israel ke Istanbul, Turkiye, dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur.
Sumber: Threads
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.