Hubungan antara ibu bapa saudara bersama anak buah adalah tali perikatan yang paling istimewa. Ia berbeza dengan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Dengan ibu atau bapa saudara lah tempat anak-anak buah untuk lebih manja.
Tetapi untuk menjalinkan hubungan yang penuh akrab ini tidak wujud dengan begitu sahaja. Ada juga ibu atau bapa saudara yang tidak mempunyai tali perikatan langsung dengan anak buah. Hanya jumpa waktu perayaan dan kenduri kahwin.
Ikatan yang penuh dengan kasih sayang ini dibina dengan penuh kemesraan dan juga usaha.
- Mencipta memori terindah bersama
Sentiasa mengukir senyuman di wajah anak buah. Ambil peluang untuk meluangkan masa bersama anak-anak buah, daripada situ memori indah akan tercipta. Sambil berseronok, jangan lupa rakamkan video ataupun mengambil foto sebagai kenangan.
- Menjadi contoh yang terbaik
Sentiasa menjadi tauladan yang terbaik kepada mereka. Jaga tingkah laku dan adab percakapan, supaya menjadi ikutan anak buah.
- Bingkisan istimewa
Sempena hari kelahiran ataupun hari istimewa, berikan hadiah kepada mereka supaya anda sentiasa diingati. Tidak kira mahal ataupun murah, niat yang baik itu lebih penting. Daripada sini juga, memori terindah dapat dicipta.
- Jadi sebahagian daripada hidup mereka
Ambil tahu tentang kehidupan mereka dan tidak terlambat jika anda ingin menjalin hubungan dengan anak buah. Seperti pepatah melayu, air dicincang tidak akan putus.
Sumber: Website
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.