Kahwin. Perkahwinan merupakan sesuatu yang diidam-idamkan oleh para perawan bagi membina sebuah keluarga yang bahagia. Nikah dari segi Bahasa bermaksud bertemu manakala ijab dan qabul bermaksud menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarak denagn mengucapkan kata-kata yang membuktikan nikah, mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditentukan oleh Islam.
Dalam keterujaaan anak-anak muda mengejar peluang untuk menjadi raja sehari ini, sebahagian mungkin terlupa bahawasanya terdapat pelbagai hukum bagi seseorang itu untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga. Pernikahan merangkul kesemua lima-lima hukum yang disyaratkan oleh Islam.
Hukum pertama: Harus
Ini adalah hukum asal berkahwin. Hukum ini boleh diambl kira sebagai baseline untuk seseorang itu berkahwin. Ia terpakai bagi individu atau pasangan yang tiada padanya galakan atau bantahan untuk berkahwin. Secara zahirnya, mereka yang tiada musabab yang mendesak (seperti yakin tidak akan melakukan zina), harus baginya untuk mendirikan rumah tangga.
Hukum kedua: Sunat
Secara amnya, hukum ini terpakai bagi inidividu yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dari godaan luaran dan dalaman. Sekiranya beliau berkeinginan dan berkemampuan dari segi zahir dan batin jatuh sunat baginya untuk mendirikan rumah tangga.
Hukum ketiga: Makruh
Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak berkemampuan dari segi zahir dan batin, tetapi tidak akan memberi kemudaratan kepada pasangan, jatuh makruh baginya. Misalnya, sorang yang kaya tetapi tiada nafsu yang kuat atau seseorang yang mempunya keinginan untuk berkahwin yang jelas tetapi belum cukup untuk memberi bekalan nafkah kepada pasangan. Seperti hukum makruh yang lain, perlulah kita menghindari perkahwinan dalam situasi tersebut.
Hukum keempat: Wajib
Hal perkahwinan akan menjadi wajib hukumnya sekiranya seseorang itu mempunyai nafsu yang kuat yang sekiranya beliau tidak berkahwin, akan terjerumus ke lembah zina. Syarat tambahan bagi hukum wajib ini ialah individu tersebut perlulah berkemapuan dari segi zahir dan batin. Hal ini adalah untuk menjaga kebersihan diri daripada terjebak melakukan maksiat seperti zina.
Hukum kelima: Haram
Akan jatuh hukum haram bagi seseorang itu untuk berkahwin sekiranya dia tidak berkemampuan untuk memberikan nafkah zahir dan batin serta tiada keinginan untuk berkahwin. Hukum ini juga terjatuh kepada seseorang yang tidak dapat berlaku adil atau mempunyai niat yang buruk , seperti berniat untuk menyakiti dan menganiaya pasangan yang bakal dikahwininya.
Sebelum kita tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga atau mendesak sesorang yang bujang untuk berkahwin, perlulah kita nilai situasi tersebut dan di mana letaknya hukum untuk berkahwin bagi individu tersebut atau pasangannya. Sebuah perkahwinan adalah sesuatu yang sangat besar dan memerlukan komitmen yang utuh. Tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri perlu diambil kira sebelum akad nikah dilafazkan
Sumber : website
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.