Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hukum Membatalkan Solat Kerana Menjawab Telefon

Apakah pendapat Ulama tentang membatalkan solat kerana menjawab telefon?
Editor
11 May 2020, 07:00 AM

hukum membatalkan solat kerana menjawab telefon

Dalam dunia yang sentiasa sibuk dan laju ke hadapan ini, tidak mustahil sekiranya kita mendapat panggilan-panggilan yang mustahak pada masa-masa yang kurang sesuai. Contohnya ketika sedang mendirikan solat. Apakah hukumnya jika kita membatalkan solat untuk menjawab telefon yang sedang berdering?

Secara asalnya, kita dilarang untuk membatalakan ibadah solat dengan sengaja terutamanya sekiranya solat tersebut merupakan solat fardhu, sperti dalil berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

(Surah Muhammad: 33)

Walaubagaimanapun, sekiranya berlaku kecemasan atau sesuatu yang mendesak atau terdapat situasi yang membahayakan, maka terdapat kelonggaran dalam membatalkan solat yang fardhu, seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuawaitiyyah:


أَمَّا قَطَعَهَا بِمَسُوغٍ شَرْعِي فَمَشْرُوعٌ، فَتَقْطَعُ الصَّلَاةَ لِقَتْلِ حَيَّةٍ وَنَحْوِهَا لِلأَمْرِ بِقَتْلِهَا، وَخَوْف ضَيَاع مَال لَهُ قِيمَةٌ، لَهُ أَو لِغَيْرِهِ، وَلِإغَاثَةِ مَلْهُوف، وَتَنْبِيه غَافِل أَو نَائِمٍ قَصَدَتْ إِلَيهِ حَية ولَا يُمْكِن تَنْبِيهُهُ بِتَسْبِيح

Maksudnya: Adapun jika membatalkannya disebabkan oleh sebab yang dibolehkan oleh syarak, maka hukumnya adalah harus, seperti membatalkan solat bagi membunuh ular atau menyuruh orang lain membunuhnya, atau khuatir akan kehilangan harta benda yang berharga sama ada harta benda sendiri atau orang lain, atau menyelamatkan orang yang meminta pertolongan, mengejutkan orang yang terlalai atau tertidur yang sedang dihampiri oleh ular berbisa yang tidak boleh untuk diberikan peringatan dengan menyebut tasbih sahaja. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34:51)

Sekiranya seseorang tersebut sedang mendirikan solat yang sunat hukumnya, keadaan ini adalah sedikit ringan sama seperti puasa sunat. Para Ulama memberikan sedikit kelonggaran dalam keadaan mengharuskan seseorang itu membatalkan solat atau puasanya disebabkan oleh keperluan. Seperti yang disebutkan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj:


وَمَن تَلَبَّسَ بِصَومٍ تَطَوُّعٍ أو صَلَاةٍ أَو غَيْرِهِمَا مِن التَطَوُّعَات إِلّا النُّسُك، فَلَهُ قَطْعُهُمَا، لِلخَبَرِ الصَّحِيح: الصَّائِمُ الْمُتَطَوِّعُ أَمِيرُ نَفْسِهِ إِنْ شَاءَ صَامَ وَإِنْ شَاءَ أَفْطَرَ” وَقِيسَ بِهِ الصَّلَاة وَغَيرِهَا،فقوله تعالى:{وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ} مَحَلُّهُ فِي الفَرْضِ

Maksudnya: Barangsiapa melaksanakan puasa sunat atau solat sunat dan seumpamanya daripada amalan sunat kecuali haji, maka dia boleh membatalkannya bersandarkan kepada hadith sahih, “Seorang yang berpuasa sunat berkuasa terhadap dirinya sendiri, jika sekiranya dia ingin terus berpuasa atau berbuka puasa, maka dia boleh melakukan demikian.” Justeru itu, diqiaskan hal ini kepada solat dan seumpamanya. Oleh itu, firman Allah SWT, Dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu, merujuk kepada ibadah yang fardhu. (Rujuk Tuhfat al-Muhtaj Syarh al-Minhaj, 3:459-460)

Pada kesimpulannya, seseorang itu, haram hukumnya untuk membatalkan solat fardhu semata-mata untuk menjawab panggilan telefon, melainkan terdapat situasi kecemasan, mendesak ataupun membahayakan.  Bagi solat sunat, terdapat sedikit kelonggaran. Walaubagaimanapun seorang muslim digalakkan menyempurnakan solatnya bagi menjaga kehormatan solat dan tidak mempermainkan ibadah.

Sumber: Mufti WP

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us