Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19, Ini Penjelasan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri!

Di peringkat antarabangsa, institusi fatwa dunia memfatwakan penggunaan vaksin sebagai harus.
By
24 Dec 2020, 01:36 PM

Menjadi persoalan warga net mengenai hukum penggunaan vaksin COVID-19 dan ini ada jawapannya. Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perkara ini telah diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu.

hukum penggunaan vaksin covid-19, ini penjelasan dr zulkifli mohamad al-bakri!

Memetik laporan Awani, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

"Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada pihak kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin," katanya.

hukum penggunaan vaksin covid-19, ini penjelasan dr zulkifli mohamad al-bakri!

Menurut beliau, perkara itu dibuktikan dengan kaedah pencegahan melalui vaksinisasi yang dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia daripada tahun 1988 hingga 2013.

Dr Zulkifli turut memaklumkan, di peringkat antarabangsa, institusi fatwa dunia memfatwakan penggunaan vaksin sebagai harus.

"Antaranya adalah institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif menerusi Hai’ah Kibar ‘Ulama al-Azhar dan Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib; Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang dipengerusikan oleh Syeikh Abdullah Ben Bayyah dan Majma’ Fuqaha’ al-Shari’ah, Amerika yang dianggotai oleh Syeikh Dr Muhammad al Zuhaily.

"Hal ini saya akan perjelaskan lagi dalam Majalah al-Bayan siri ke-7 terbitan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedikit masa lagi," katanya lagi.

Justeru, Zulkifli menegaskan, dalam isu pengambilan vaksin COVID-19 ini, ia adalah ketetapan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

"Ini kerana, pihak kerajaan dituntut memutuskan sesuatu keputusan yang paling mendatangkan maslahah kepada keseluruhan rakyat, setelah menimbang faktor yang pelbagai serta setelah mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkepakaran dan juga berautoriti," katanya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan, kerajaan kini dalam peringkat perolehan fasa akhir untuk mendapatkan lagi 23.9 juta dos vaksin, yang merangkumi 42.8 peratus populasi rakyat di negara ini.

Menurut beliau, perjanjian itu melibatkan syarikat farmaseutikal Sinovac, CanSinoBIO dari China dan The Gamaleya Institute dari Rusia.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}