Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tapau Lauk Kenduri? Ramai Buat Tapi Tak Ramai Tahu Hukumnya

ROSTAM, Mohamad Firdaus
21 May 2025, 11:39 AM

tapau lauk kenduri? ramai buat tapi tak ramai tahu hukumnyaFoto sekadar hiasan

Majlis kenduri atau apa-apa jamuan sememangnya menjadi antara acara yang dinanti-nantikan oleh ramai. Selain berpeluang bertemu saudara-mara dan rakan taulan, hidangan lazat yang disediakan secara percuma juga menjadi tarikan utama kepada para tetamu.

Namun begitu, ada satu amalan yang sering dilakukan tanpa berfikir panjang iaitu membungkus makanan atau ‘tapau’ lauk kenduri untuk dibawa pulang. Persoalannya, apakah hukum sebenar perbuatan ini menurut perspektif Islam?

Haram Tapau Tanpa Izin Tuan Rumah

Pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail, tampil menjelaskan bahawa haram hukumnya jika seseorang mengambil makanan untuk dibawa pulang tanpa keizinan tuan rumah.

Menurut beliau, perbuatan tersebut boleh dianggap mengambil harta orang lain secara batil (tidak sah), walaupun ia hanya melibatkan makanan.

“Kalau tuan rumah tak beri izin, tetapi kita tetap cedok dan bungkus makanan secara senyap, maka hukumnya haram,” jelasnya.

Namun begitu, sekiranya tuan rumah sendiri menggalakkan atau menyediakan bekas khas untuk tetamu membungkus makanan, maka perbuatan tersebut dibenarkan dan tidak menjadi kesalahan.

Ustaz Elyas turut menyandarkan penjelasannya kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188:

"Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil..."

Beliau menekankan bahawa mengambil sesuatu tanpa keizinan, walaupun kecil, tetap salah di sisi agama, dan boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Senada

Pandangan Ustaz Elyas turut disokong oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, yang menjelaskan melalui laman web rasmi bahawa membungkus lauk kenduri tanpa izin tuan rumah adalah haram, walaupun jumlah makanan yang diambil sedikit.

Sebaliknya, jika tuan rumah memberi keizinan, maka hukumnya adalah harus dan tidak menjadi isu.

“Tetamu sewajarnya meminta izin terlebih dahulu sebelum membawa pulang makanan bagi mengelakkan daripada memakan sesuatu yang mungkin tidak mendapat keredaan tuan rumah,” menurut kenyataan rasmi mereka.

Termasuk Majlis Di Masjid & Acara Agama

Perkara ini bukan sahaja terpakai untuk majlis kenduri perkahwinan atau keraian, bahkan juga meliputi majlis-majlis yang diadakan di tempat ibadah seperti masjid.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, turut mengingatkan bahawa makanan yang disediakan dalam majlis agama sering kali mempunyai syarat tertentu, seperti hanya untuk peserta Qiamullail atau jemaah tertentu.

“Kalau makanan hanya untuk peserta Qiamullail, tapi orang luar yang tidak terlibat ambil makanan tersebut, hukumnya haram. Makan satu, bawa balik satu pun haram kalau tiada izin,” jelas beliau dalam satu sesi ceramah.

Tambahnya lagi, sekiranya makanan tersebut sudah dianggap lebihan dan ditinggalkan untuk dielakkan pembaziran, maka ia dibenarkan untuk diambil tetapi dengan syarat mendapat izin daripada pihak pengelola majlis atau jawatankuasa masjid.

Kesimpulan: Jangan Ambil Mudah, Minta Izin Dahulu

Secara ringkasnya, tapau lauk kenduri tanpa izin adalah haram, walaupun ia kelihatan seperti perkara kecil. Islam menitikberatkan soal adab, hak orang lain dan keberkatan rezeki. Maka, sebelum tangan mencapai plastik atau bekas, pastikan tuan rumah benar-benar merelakannya.

Sumber: YouTube

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us