Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tokyo 2020: Impian Aaron-Wooi Yik Tercapai, Benamkan Regu Nombor Satu Dunia Untuk Mara Ke Separuh Akhir

Pemain beregu negara tidak gentar bersaing dengan mana-mana lawan.
29 Jul 2021, 12:31 PM

Pemain beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Gideon Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

tokyo 2020: impian aaron-wooi yik tercapai, benamkan regu nombor satu dunia untuk mara ke separuh akhir

Mereka mengesahkan kemaraan apabila mengetepikan tentangan beregu Kanada, Ho Shue Jason-Yakura Nyl, 21-15, 21-13, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D.

Malah, Aaron-Wooi Yik menamatkan saingan di belakang regu veteran dari Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan.

Wakil negara mengukir senyuman bangga apabila mengalahkan regu nombor satu dunia, Gideon-Sukamuljo sehingga berjaya menempah slot ke separuh akhir.

tokyo 2020: impian aaron-wooi yik tercapai, benamkan regu nombor satu dunia untuk mara ke separuh akhir

Corak permainan pantas ditampilkan wakil negara yang berada di ranking kesembilan dunia ternyata berhasil dalam set pertama, gerakan yang tidak mampu diberikan jawapan oleh pasangan Indonesia sebelum Malaysia menang 21-14.

Pemain Indonesia diasak dengan hebat tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila Malaysia pantas mencari mata sebelum memastikan kemenangan set kedua 21-17 bagi melakar slot ke separuh akhir.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik dilaporkan akan menentangkan pasangan beregu dari China Li Junhui-Liu Yuchen di separuh akhir esok.

Sumber: Stadium Astro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}