Artikel ini ditaja oleh Grab
Kredit: Grab
Apa impian yang dah lama anda simpan tapi sampai sekarang belum terlaksana? Sampai bila nak biarkan impian tu begitu je?
Tidak kiralah apa pun impian anda, berapa ramai yang betul-betul mengejar impian tu? Sebab impian tu takkan tercapai sendiri kalau kita tak berusaha menggapainya...
Jom jadikan kisah Abang Grab ni inspirasi untuk anda yang pernah menyimpan impian dan angan-angan.
Demi impian, Abdul Rahman sanggup berhenti kerja…

Kredit: Grab
Berhenti kerja bukanlah keputusan kecil. Ianya tak hanya melibatkan diri sendiri, tetapi turut sama menjejaskan keluarga.
Antara kerjaya stabil tetapi perlu outstation, kerap meninggalkan keluarga dan tidak dapat kepuasan diri, Abdul Rahman Othman, 47 tahun akhirnya mengambil risiko membuat keputusan besar dalam hidup – meninggalkan kerjaya, dan memilih pekerjaan yang lebih fleksibel bersama Grab!
Nampak macam ‘kerja gila’ tetapi keputusan ini sangat berbaloi!
Iyalah, pendapatan lumayan, ada masa untuk keluarga dan diri sendiri. Lagi menarik, dia dapat peluang tunaikan impian bergelar pemain bola sepak profesional!
Kejar impian tertunda di usia 47 tahun

Kredit: Grab
Orang kata usia bukan penghalang! Atas sebab itulah Abdul Rahman nekad menyertai Piala Rakan Grab walaupun pada masa itu dia tiada pasukan sendiri, tiada latihan yang mencukupi, tetapi dengan kesungguhan dia berjaya kumpulkan rakan-rakan untuk tubuhkan satu pasukan bola sepak.
Kalau korang nak tahu, Piala rakan grab 2024 ini merupakan kejohanan bola sepak komuniti anjuran Grab Malaysia!
Lebih menarik, pasukan bola sepaknya ini terdiri daripada pemain veteran Grab yang berusia antara 40 hingga 50 tahun. Walaupun veteran, kerjasama mereka ini berjaya membentuk komuniti yang teguh!

Kredit: Grab
Walaupun hanya berjaya ke peringkat separuh akhir, semangat berpasukan, setiakawan team Grab ni bukan biasa-biasa.
Siapa sangka pertemuannya dengan komuniti rakan grab akhirnya membawa kepada Piala Grab! Komuniti yang sentiasa memberi semangat.
Paling penting, mereka bukan sahaja dapat beraksi di padang tetapi mereka terus bersahabat di luar padang. Terbaiklah!
Jom ikuti cerita inspirasi Kisah Disebalik Bola: Abang Grab episod 2: Pandu Demi Impian Atas Padang.
#GrabBersamaMalaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.