Selalunya kalau basuh baju perasan tak bau wangi itu tak tahan lama pun. Terutama sekali baju yang sudah dicuci 2-3 hari. Tapi kenapa?
Mungkin ini sebab-sebabnya:
- Terlampau banyak baju dalam mesin basuh
Setiap mesin basuh pasti ada had muatan yang tersendiri tapi sebab kita nak jimat, kita akan sumbat selagi boleh sehingga penuh.
Tapi sebenarnya apabila mesin terlebih muatan, ia tidak dapat membersihkan pakaian anda dengan baik lalu bakteria melekat pada fabrik.
- Pakaian direndam terlalu lama
Merendam baju memang kaedah yang bagus jika ingin menanggalkan kotoran degil pada baju atau seluar. Tapi kena ingat, pakaian jika direndam terlalu lama boleh menyebabkan ia berbau.
- Mesin basuh yang kotor
via GIPHY
Tahu tak mesin basuh mempunyai banyak bakteria dan ia menjadi salah satu punca pakaian anda masih berbau walaupun sudah dibasuh.
- Peluh yang melekat pada baju
via GIPHY
Kebiasaannya pakaian yang basah dengan peluh perlu diasingkan dengan pakaian lain kerana ia mampu menyebarkan bakteria kepada pakaian lain.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.