
IPOH : Seorang wanita berumur 34 tahun meninggal dunia ekoran insiden bot terbalik di Pantai Teluk Batik.
Mengikut laporan yang telah dikeluarkan oleh media, seramai sembilan individu berdepan detik yang mencemaskan selepas bos yang dinaiki mereka terbalik di Pantai Teluk Batik.
Berita duka ini dikongsikan oleh adik Allahyarhamah Nurul Afiqah Abdullah Sani (Mangsa), iaitu Khairul Naim menerusi catatan di Facebook, bahawa arwah meninggal dunia awal pagi.
“Untuk makluman, kakak saya Nurul Afiqah Abdullah Sani telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 4.28 pagi (29/8/2023) di Hospital Manjung.
“Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Bagan Tiang untuk proses pengebumian selepas Zohor,” katanya.
Bot rekreasi yang dinaiki dua sekeluarga itu terbalik kira-kira sembilan meter dari pesisir pantai.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon semalam berkata, dua mangsa terpaksa diberikan rawatan kecemasan iaitu seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) dan seorang wanita berusia 34 tahun diberikan bantuan pernafasan (CPR).
Remaja lelaki itu dilapor telah sedar diri sebaik diberikan CPR manakala mangsa wanita tersebut tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital.
Sumber AlHijrah Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.