Pelakon Izreen Azminda mendedahkan pernah menjadi mangsa pukau seorang wanita ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Berusia 39 tahun, Izreen memaklumkan ketika dipukau, dia bukan hanya menyerahkan beg tangan serta barangan berharga lain, bahkan memberikan seluar yang dipakai kepada individu terbabit.
“Masa kejadian itu saya di tandas sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, ada orang datang calit gincu dekat seluar saya.
“Dia kata boleh tolong cuci dan saya terus buka seluar beri pada dia. Kemudian dia bagi pula ‘skirt’ dia kepada saya.
“Bukan setakat seluar tapi sekali dengan beg tangan saya berikan kepada perempuan tersebut,” katanya dalam Instagram Story.
Pengalaman ngeri yang dilaluinya itu tetap dirasai sehingga sekarang biarpun kejadian itu sudah bertahun-tahun berlalu iaitu ketika masih di zaman belajar.
Katanya, perkara itu kerana dia keluar dari tandas memakai skirt individu terbabit yang menampakkan bahagian kakinya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.