Dalam dunia media sosial hari ini, semua orang berlumba-lumba nak viral. Tidak kira TikTok, Instagram, YouTube atau Facebook, views, likes dan share menjadi ‘mata wang baharu’ yang ramai sanggup kejar walau dengan apa cara sekalipun.
Tetapi persoalannya:
“Adakah content yang dibuat itu memberi manfaat atau cuma menyebar kebodohan dan mencetuskan fitnah?”
Kita sudah terlalu biasa melihat content seperti prank tidak berfaedah, menayang kekayaan palsu, buat ‘challenge’ tak masuk akal, perlekeh orang miskin atau orang tua dan menghina orang semata-mata demi mendapatkan views. Tidak lupa juga yang mencipta senario palsu yang mengarut dan tidak masuk akal untuk mempromosikan sesuatu ataupun ‘marketing’.

Ini bukan hiburan. Ini merupakan penghinaan terhadap akal sendiri. Siapa kata content tidak berfaedah sahaja yang akan dapat views yang tinggi? Ramai pempengaruh berjaya dan berbakat menghasilkan content yang mendidik dan menghiburkan pada masa yang sama, membina kehormatan diri dan inspirasi, berkongsi ilmu dan fakta kepada semua serta membuat orang berfikir dan bukan melawak kosong semata-mata.

Views boleh diraih. Tetapi bezanya, content mereka dihormati, bukan diperlekeh. Malah jika ia viral ke segenap pelosok dunia, content yang berkualiti semestinya mampu membanggakan nama negara, begitu juga sebaliknya. Kita boleh berfikir. Kita ada suara. Kita ada platform.
Jadi kenapa guna semua itu untuk buat content yang merosakkan pemikiran orang lain, malah kadang memalukan diri sendiri dan keluarga?
Setiap content yang dikongsikan, walaupun hanya 15 saat, ada kuasa untuk membentuk pemikiran, menanam nilai baik atau buruk dan mencorak masa hadapan masyarakat.
Jadi, pilihlah untuk jadi pencetus perubahan, bukan penyumbang kepada kejatuhan nilai akhlak.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.