Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Nak Hidup Berjaya Tapi Tidur 3 Jam Sehari & Solat Lambat, Inilah Masa Untuk Berubah!

IDRUS, Husna Najwa
05 Jan 2026, 10:50 AM

nak hidup berjaya tapi tidur 3 jam sehari & solat lambat, inilah masa untuk berubah!

Foto Hiasan

Dalam sebuah perkongsian, ustaz berkongsi satu nasihat yang sangat ringkas tetapi mendalam maknanya:

“Jika kita benar-benar mahu memperbaiki hidup, mulakan dengan memperbaiki waktu tidur dan solat kita.”

Kedengaran mudah, tetapi hakikatnya inilah dua perkara yang paling ramai manusia hilang kawalan hari ini.

 Tidur Yang Cukup, Fikiran Jadi Jelas

Tidur bukan sekadar rehat badan, tetapi keperluan asas untuk kesihatan mental dan emosi. Tidur yang cukup sekitar 6–7 jam membantu otak berfungsi dengan lebih baik. Kita jadi lebih fokus, mudah berfikir dan tidak dibelenggu dengan ‘sampah’ dalam fikiran.

Kurang tidur menjadikan seseorang mudah marah, sukar membuat keputusan dan cepat merasa tertekan. Daripada sinilah bermula kehidupan yang serabut tanpa kita sedari.

nak hidup berjaya tapi tidur 3 jam sehari & solat lambat, inilah masa untuk berubah!

Solat Awal Waktu, Hidup Lebih Tersusun

Solat di awal waktu dan dilakukan dengan khusyuk melatih kita menjadi insan yang berdisiplin dengan masa. Ia juga menghidupkan rasa bahawa kita benar-benar seorang hamba yang bergantung kepada Tuhan.

Apabila solat dijaga, hati jadi lebih tenang. Kita tahu ke mana hala tuju hidup dan tidak mudah hanyut dengan perkara sia-sia.

Punca Hidup Jadi Serabut

Ramai manusia hari ini hilang kawalan terhadap dua perkara ini iaitu tidur dan solat. Akibatnya, hidup jadi kucar-kacir:

  • Mudah marah
  • Tiada disiplin masa
  • Lemah mengawal diri
  • Terperangkap dengan ketagihan dopamine seperti media sosial, permainan berlebihan, pornografi dan perkara negatif lain

Semua ini saling berkait.

Kita Tak Mampu Ubah Semua Orang

Satu lagi peringatan penting, ingatlah bahawa kita tidak mampu mengawal pendapat dan cara berfikir semua orang. Terlalu penat jika kita cuba mengubah dunia sekaligus.

Apa yang kita boleh buat ialah fokus kepada perkara yang berada dalam kawalan kita.

Fokus Perbaiki Diri dan Keluarga

nak hidup berjaya tapi tidur 3 jam sehari & solat lambat, inilah masa untuk berubah!

Mulakan dengan:

  • Memperbaiki hubungan dengan Allah
  • Menjaga hubungan dengan manusia
  • Memperbaiki waktu tidur
  • Memperbaiki cara hidup
  • Menambah kemahiran
  • Meneroka ilmu baharu

Perubahan kecil yang konsisten lebih berkesan daripada azam besar yang tidak bertahan lama.

Kesimpulannya, perubahan hidup tidak bermula dengan perkara rumit. Ia bermula dengan disiplin asas yang kita sering ambil ringan.

Perbaiki tidur. Jaga solat. Fokus pada apa yang kita mampu kawal.

Selamat Tahun Baru.

Semoga tahun ini kita jadi insan yang lebih tersusun, tenang dan dekat dengan Tuhan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us