Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama membaca surah Yasin dan berdoa demi kesejahteraan negara menerusi rancangan terbitan JAKIM di saluran kerajaan malam ini.
![demi kesejahteraan negara, jakim anjur bacaan yasin serentak seluruh negara malam ini](https://media2.fishtank.my/media/zayan/assets2/articles/d1_14.jpeg)
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat JAKIM, program khas itu bertujuan untuk masyarakat memuliakan dan mendapat keberkatan dengan membaca Al-Quran selain doa dan munajat ketika situasi sukar COVID-19.
Bacaan Yaasin serentak akan dipimpin Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2014, Tirmizi Ali secara langsung di rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Takut Allah atau Takut COVID19?’.
![demi kesejahteraan negara, jakim anjur bacaan yasin serentak seluruh negara malam ini](https://media2.fishtank.my/media/zayan/assets2/articles/d2_8.jpeg)
“Semoga usaha ini akan mendapat rahmat dari Allah SWT serta dikurniakan kesejahteraan buat negara khususnya dalam keadaan menangani wabak COVID-19.
“JAKIM berbesar hati menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menonton dan menyertai kedua-dua program bermanfaat ini,” katanya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.