Ingatlah bahawa hidup di dunia ini penuh dengan pelbagai ujian. Tetapi percaya bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah selama-lamanya. Dan setiap kesusahan pasti diikuti dengan kesenangan.
Di pengakhiran ayat 155 dari Surah al-Baqarah, Allah telah memberi motivasi dan penyelesaian segala ujian kepada kita,
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Sabar menjadi kunci kejayaan bagi manusia untuk menempuhi segala cabaran dan ujian hidup.
Kesabaran itu bukan satu perkara sia-sia kerana ada ganjaran besar yang menanti kita. Terimalah dengan berlapang dada dan bersabar.
Sematkan di hati dan peringat pada diri yang semuanya dari Allah dan kepadaNya juga kita akan kembali.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.