Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Jangan Burukkan Nama Negara Dengan Mengabaikan Prosedur Haji

IDRUS, Husna Najwa
06 May 2025, 10:50 AM

jangan burukkan nama negara dengan mengabaikan prosedur haji

Foto: Sinar Harian 

Musim haji saban tahun menjadi detik penting dan penuh makna buat umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Namun, tidak dapat dinafikan, isu berkaitan pengurusan jemaah haji sering kali mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai. 

Baru-baru ini, timbul kembali isu segelintir individu yang masih memilih untuk menunaikan ibadah haji tanpa melalui saluran rasmi yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). Mereka didapati menggunakan visa selain visa haji yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. 

 Malangnya, tindakan ini bukan sahaja melanggar peraturan antarabangsa, malah ada di antara mereka yang menyebarkan tuduhan tidak berasas, seolah-olah kerajaan Malaysia menyekat ibadah mereka. Lebih mengecewakan, ada yang turut memburukkan imej negara di media sosial serta dalam kalangan masyarakat antarabangsa. 

“Perlu difahami, ibadah haji bukan sekadar urusan peribadi. Ia melibatkan aspek keselamatan, hubungan diplomatik antara negara, pengurusan ribuan jemaah, serta pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah, Arab Saudi. Setiap negara telah diberikan kuota tertentu bagi jemaah haji, hasil perjanjian antara kerajaan masing-masing dengan kerajaan Arab Saudi.” 

Mereka yang cuba menunaikan haji menggunakan visa pelancong atau ziarah bukan sahaja melanggar syarat yang telah ditetapkan, bahkan mendedahkan diri kepada risiko tindakan undang-undang seperti penahanan, pengusiran, atau denda. Lebih buruk, tindakan sedemikian boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa mematuhi peraturan dan berwibawa dalam menguruskan hal ehwal haji. 

“Kita tidak mahu hubungan diplomatik Malaysia dan Arab Saudi terjejas hanya kerana tindakan segelintir individu yang enggan patuh pada peraturan. Malaysia dikenali sebagai negara Islam yang progresif dan dihormati kerana keupayaannya mengurus jemaah haji secara sistematik dan teratur.” 

Oleh itu, hormatilah peraturan yang telah ditetapkan dan hargailah usaha kerajaan dalam menjaga kemaslahatan jemaah. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita bukan sahaja perlu menuntut hak, tetapi juga wajib memelihara nama baik negara di persada dunia. 

Sumber: Sinar Harian 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us