Anak-anak yang dianugerahkan merupakan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada ibu bapa. Mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangkakan dan ia merupakan tanggungjawab yang amat besar.
Setiap manusia dicipta dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sebagai seorang ibu bapa, tidak wajar untuk membeza-bezakan anak-anak anda. Amalan yang tidak sihat ini boleh menjejaskan kesihatan mental anak-anak anda dan boleh menyebabkan mereka tertekan.
Sering kali anak-anak akan dibezakan apabila mereka sudah meningkat umur persekolahan. Setiap anak ada prestasi akademik mereka yang tersendiri, walaupun mereka tidak cemerlang dalam pelajaran mungkin mereka dianugerahkan dengan bakat yang lain. Ada satu posting di laman sosial Facebook, seorang ibu berkongsi kisah inspirasi anaknya yang tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi berbakat untuk membaiki barang eletronik yang rosak.
Justeru, janganlah bezakan anak-anak anda, tidak kira antara adik-beradik mahupun saudara-saudari mereka. Ini akan menyebabkan anak-anak anda rasa dipinggirkan dan tidak cukup baik di mata ibu bapa. Perasaan yang dipendamkan akan makan hati mereka dan hubungan anda dan anak-anak akan terjejas untuk jangka masa yang sangat lama.
Apa yang dikurniakan Illahi harus diterima dengan hati yang terbuka. Percaya bahawa ini semua ujian yang diberikan. Sayangi anak-anak anda dan memelihara mereka sebaik mungkin.
Sumber: Persona Pengantin, Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.