Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Jangan Ikut Perangai Firaun Yang Tidak Peduli Pada Peringatan

Kisah Nabi Musa AS dan Firaun merupakan pengajaran yang paling besar untuk kita umat Islam.
Editor
27 Nov 2020, 07:00 AM

jangan ikut perangai firaun yang tidak peduli pada peringatan

Perancangan Allah itu lebih hebat. Walaupun ketika Firaun telah memerintahkan untuk membunuh semua anak lelaki yang baru dilahirkan, ada seorang insan mulia yang tidak dapat dibunuhnya iaitu Nabi Musa. Dan insan itulah menggugat keegoan dan pengaruhnya. Pelbagai ujian melanda Nabi Musa AS, namun baginda tidak mengalah dan meneruskan dakwahnya kepada Firau. Baginda amat berharap semoga Firaun satu hari nanti dapat insaf dan kembali ke pangkal jalan. Namun, Firaun tetap kebal dengan keegonya sehingga menganggap kekuasaannya teramatlah hebat sampai berkata dirinya Tuhan penguasa alam.

Pelbagai mukjizat dan bukti kekuasaan Allah telah ditunjukkan kepada Firaun. Dia tetap kekal keras dan ‘membatu’ tidak mahu menerima ajaran suci Nabi Musa serta terus tegar melakukan penindasan dan kerosakan.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya, Kami telah memperlihatkan kepadanya (Firaun) tanda-tanda kebesaran Kami semuanya, ternyata dia mendustakan dan enggan menerima kebenaran.” (Surah Taha 20:56)

Allah telah menimpakan musim kemarau kepada Firaun dan kaumnya. Ada ulama mengatakan bahawa kemarau itu berlaku selama tujuh tahun. Kemudian Allah timpakan kekurangan hasil buah-buahan. Adakah musibah-musibah tersebut menyedarkan Firaun dan kaumnya? Tidak. Firaun kekal ingkar dan tidak berubah, bahkan mereka menganggap Nabi Musa hanya menggunakan ilmu sihir. Sedangkan segala musibah yang diturunkan merupakan teguran daripada Allah.

Setelah Firaun dan kaumnya ditimpa pelbagai azab, mereka meminta supaya azab dihilangkan dan dihapuskan. Namun, bila keadaan sudah kembali pulih mereka tetap tidak berubah. Firaun memungkiri janji untuk melepaskan Bani Israel mengikuti Nabi Musa. Namun, Bani Israel mengambil kesempatan melarikan diri bersama Nabi Musa. Setelah Firaun tahu Bani Israel melarikan diri, Firaun mengarahkan tenteranya untuk mencari mereka.

Nabi Musa dan pengikutnya terpaksa melarikan diri sehingga sampailah mereka di Laut Merah. Di belakang ada Firaun dan bala tenteranya yang banyak sedang mengejar mereka. Pada ketika itulah terjadi mukjizat yang hebat kurniaan Allah kepada Nabi Musa. Nabi Musa memukul air laut dengan tongkatnya seperti yang diperintah oleh Allah. Lalu laut itu terbelah dua. Nabi Musa dan pengikutnya terus melalui kawasan lapang yang kosong tanpa air laut dan selamat melepasi Laut Merah tersebut. Firaun dan tenteranya turut mengikuti tetapi malangnya mereka tenggelam atas izin Allah SWT dengan air laut itu kembali kepada keadaan asal.

Saat di hujung nyawa, Firaun mula sedar dan bertaubat. Dia baru sahaja ingin menyatakan dirinya beriman kepada Allah SWT, namun tatkala itu taubatnya hanyalah sia-sia belaka. Allah tidak menerima taubatnya ketika dia yang sudah bagai telur di hujung tanduk. Allah sudah memberi banyak kali peluang kepadanya. Bukti kekuasaan Allah sudah banyak ditunjukkan sebelum ini seperti terjadinya kemarau, datangnya ribut taufan, kutu, katak, dan pelbagai lagi. Namun, Firaun tidak mahu berubah. Peluang sudah diberi tetapi dia tetap tidak beriman kepada Allah.

“Dan Kami selamatkan Bani Israil melintasi laut kemudian Firaun dan bala tenteranya mengikuti mereka untuk menzalimi dan menindas (mereka). Sehingga ketika Firaun hampir tenggelam dia berkata, “Aku percaya bahawa tiada Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri).”

Mengapa baru sekarang (kamu beriman), padahal sesungguhnya engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termasuk orang-orang yang melakukan kerosakan.

Maka hari ini Kami selamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pengajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu, tetapi kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda (kekuasaan) Kami.” (Surah Yunus 10 :90-92)

Jadi, mengambil iktibar daripada kisah Nabi Musa AS ini, Tepiskan keegoan yang ada dalam diri kita, buka mata dan hati supaya terima segala peringatan daripada Yang Maha Esa. Selagi pintu taubat masih terbuka.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us