Semestinya puasa itu wajib bagi orang yang mampu melakukan ibadah tersebut tetapi ada beberapa sebab yang membenarkan seseorang Muslim meninggalkan puasa.
Seperti wanita yand berada dalam keadaan haid atau nifas, wanita yang melahirkan dan sedang menyusu anaknya, individu yang sakit dan uzur serta orang yang musafir.
Namun, puasa yang telah ditinggalkan tadi perlu diganti semula mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia merupakan hutang dengan Allah yang wajib dilangsaikan. Jika tidak mampu, mereka boleh membayar fidyah.
Namun, buat mereka yang berniat meninggalkan puasa secara sengaja ataupun tabiat ‘ponteng puasa’ tanpa melibatkan alasan yang kukuh, apakah hukum nya?
Syeikh Ibnu Utsaimin RA berkata – “Membatalkan puasa Ramadan pada siang hari tanpa alasan yang kukuh dan jelas adalah dosa besar. Maka, orang tersebut dianggap fasik dan diwajibkan untuk bertaubat kepada Allah serta mengganti puasa dengan bilangan hari yang ditinggalkannya.”
(Majmu’ Fatwa dan Rasa’il Ibn Utsaimin: 89)
Puasa Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia merupakan perkara fardu yang wajib yang dilaksanakan sama seperti amalan solat wajib.
Ia bukan perkara yang boleh diambil ringan kerana ia adalah termasuk dalam rukun Islam yang perlu dipatuhi. Bahkan, jika anda menggantikan puasa yang ditinggalkan itu, amalan dan statusnya sudah tidak sama dengan berpuasa di bulan Ramadan.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.