Tidak cukup dengan situasi pandemik yang dihdapi, Malaysia kini menghadapi krisis "infodemik". Secara definisi, infodemik adalah situasi dimana masyarakat disogok dengan maklumat yang belum atau tidak dapat disahkan kepastiannya secara besar-besaran.

Hal ini mendapat perhatian Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli. Beliau menegaskan bahawa negara ini memerlukan sebuah sistem pengurusan analisis yang efektif dalam menangani tingkah-laku orang awam semasa darurat kesihatan.
"Ini boleh mengakibatkan kekeliruan dan tingkah laku berisiko yang boleh membahayakan kesihatan selain ketidakpercayaan terhadap pihak berkuasa kesihatan serta melemahkan tindak balas kesihatan awam."
Selain itu, situasi infodemik yang berpanjangan juga seharusnya dianggap sebagai wabak dalam negara. Penyebaran maklumat yang tidak betul dalam skala besar bakal menjadi halangan terbesar kerajaan dalam menangani situasi COVID-19 yang kian kritikal ketika ini
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.