Tersepit jari di pintu bukanlah satu perkara yang biasa-biasa kerana denyutan akibat tersepit itu boleh buat kita hilang selera makan, minum dan tidur! Lebih parah apabila ia berlaku ditempat yang sukar untuk mendapatkan rawatan doktor. Macam mana nak buat?
Satu perkongsian menarik oleh Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar, menerusi Mingguan Wanita, mengatasi rasa sakit akibat tersepit pintu.
Dikenali dengan istilah Subungual Hematoma, kejadian darah beku yang berlaku pada kuku akibat daripada darah yang terkumpul, merangsang saraf untuk memberikan rasa sakit berdenyut-denyut.
Cara 1, guna jarum.
Letak jarum pada kuku untuk menghasilkan lubang. Jika banyak darah beku, buat 3,4 lubang. Keluarkan darah beku pada kuku dan sakit akan hilang.
Cara 2, guna paper clip yang dipanaskan.
Sama seperti cara 1, cuma kaedah ini lebih cepat kerana jarum sudah panas.
Kes Subungual Hematoma ini adalah simple bleeding. Jika anda mengesyaki tulang anda patah, sila rujuk pada doktor dan pakar.
Sumber: FB Khairul Faizie
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.