Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Jawapan Istikharah Tidak Semestinya Hadir Melalui Mimpi

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Aug 2025, 10:57 AM

jawapan istikharah tidak semestinya hadir melalui mimpi

Foto sekadar hiasan

Ramai dalam kalangan masyarakat beranggapan bahawa jawapan kepada solat istikharah hanya akan diperoleh melalui mimpi. Namun, hakikatnya tanggapan tersebut tidak mempunyai sandaran dalam syariat Islam.

Istikharah merupakan amalan sunat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai satu cara untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT dalam membuat pilihan terhadap sesuatu urusan. Ia bertujuan agar hamba-Nya diberi panduan memilih jalan yang terbaik dalam perkara yang membingungkan atau sukar diputuskan.

Allah SWT menegaskan kepentingan bergantung kepada-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang.” (Surah al-Baqarah: 45).

Kesepakatan para ulama juga menyatakan bahawa hukum melaksanakan solat istikharah adalah sunat. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Saidina Jabir RA, yang menceritakan bagaimana Rasulullah SAW mengajarkan para sahabat untuk mendirikan solat istikharah dalam semua perkara, sebagaimana baginda mengajarkan surah-surah al-Quran.

Dalam doa istikharah, seorang hamba menyerahkan keputusan kepada Allah SWT sama ada urusan tersebut baik atau buruk untuk dirinya, agamanya, kehidupannya di dunia dan akhirat. Jika sesuatu perkara itu baik, maka dipohon agar Allah mempermudahkannya, tetapi jika buruk, maka dipohon agar dijauhkan daripadanya serta digantikan dengan pilihan lain yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa istikharah bukanlah untuk menentukan perkara halal atau haram, atau antara ketaatan dan maksiat. Ia dilakukan apabila seseorang berdepan dengan dua pilihan yang sama kedudukan dan kebaikannya, tetapi sukar untuk dipilih.

Selepas istikharah dilakukan, Allah SWT akan memberikan taufik serta hidayah agar orang tersebut dapat membuat keputusan dengan lebih lapang dada. Jawapan itu boleh hadir dalam bentuk kemudahan urusan, kelapangan hati atau jalan yang terasa lebih sesuai untuk diambil.

Kepercayaan bahawa jawapan istikharah wajib hadir melalui mimpi adalah salah satu salah faham yang berleluasa dalam masyarakat. Tiada dalil sahih yang mensyaratkan mimpi sebagai petunjuk mutlak. Namun, sekiranya seseorang mendapat mimpi yang menenangkan selepas istikharah, ia boleh dianggap sebagai salah satu tanda, tetapi bukan syarat yang mesti ada.

Sekiranya selepas melaksanakan istikharah seseorang masih berasa ragu-ragu, dianjurkan untuk mengulanginya beberapa kali sehingga hatinya menjadi lebih tenang. Jika masih belum mendapat ketetapan hati, dan urusan tersebut boleh ditangguhkan, maka disarankan untuk menangguhkannya. Namun, jika keadaan memerlukan keputusan segera, maka pilihlah jalan yang paling mudah serta praktikal bagi dirinya.

Kesimpulannya, jawapan kepada istikharah tidak bergantung kepada mimpi semata-mata. Bahkan, ia lebih kepada bagaimana Allah SWT melapangkan dada, memudahkan urusan dan membimbing hamba-Nya ke arah pilihan yang terbaik.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us