Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

JAWI Beri Ketetapan Baharu Solat Jumaat, Aidiladha Di Wilayah Persekutuan Benarkan 300 Jemaah

Solat fardu, jumaat, Aidiladha akan dilaksana di masjid, surau di Wilayah Persekutuan
Muhammad Izwan Zainal
08 Jul 2021, 12:10 PM

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan telah memberi ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.

jawi beri ketetapan baharu solat jumaat, aidiladha di wilayah persekutuan benarkan 300 jemaah

Menurut Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail, ketetapan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan akan berkuat kuasa 9 Julai di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ia tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).

“Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidiladha, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang, Masjid Pusat Zon 100 orang, Masjid Kariah dan surau Jumaat 50 orang, Surau kebenaran Khas Solat Jumaat 40 orang, Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 12 orang.

jawi beri ketetapan baharu solat jumaat, aidiladha di wilayah persekutuan benarkan 300 jemaah

“Bagi Solat Fardu di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan 100 orang, Masjid Pusat Zon 50 orang, Masjid Kariah dan surau Jumaat 50 orang, surau kebenaran khas solat Jumaat 40 orang, surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 12 orang,” katanya.

Tambahnya, kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD), solat fardu dilaksanakan tiga orang sahaja di semua masjid, surau Jumaat dan surau, manakala solat Jumaat digantikan dengan solat zohor.

“Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan bermunajat serta berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir,” katanya.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}