
Foto: Astro
Syarikat peneraju hiburan dan media terkemuka, Astro menyambut bulan Ramadan dengan melancarkan jelajah ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ yang berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung di tiga negeri.
Jelajah ini berlangsung dari 1 hingga 14 Februari lalu di Masjid Sri Sendayan (Negeri Sembilan), Masjid Murtadha Dakwah Centre (Kedah), dan Masjid Sultan Ismail Petra (Kelantan).
Jelajah ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya sesi ramah mesra bersama selebriti, pertandingan mewarna dan tulisan khat, memanah, serta persembahan artis jemputan.
Selain itu, lebih 70 kandungan baharu dari Astro diperkenalkan untuk ditayangkan sepanjang Ramadan melalui platform televisyen, digital, dan radio.
Antara selebriti yang memeriahkan acara ini termasuk Sherry Alhadad, Zizan Razak, Nadhir Nasar, dan Meerqeen selaku duta Ramadan Raya Astro. Mereka turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik bersama pengunjung yang hadir.
Pada lokasi pertama di Masjid Sri Sendayan, hampir 3,000 orang hadir, manakala di Murtadha Dakwah Centre, Kedah, lebih 8,000 pengunjung turut merasai kemeriahan program ini. Selain itu, acara ini turut menampilkan ‘Tazkirah Malam Jumaat’ dengan penglibatan Alif Satar dan pendakwah terkenal seperti Ustaz Fakhrul Radhi dan PU Amin.

Foto: Astro
Jelajah berakhir di Masjid Sultan Ismail Petra, Kelantan, dengan ‘Battle KAFA: Geng D.U.I.T Challenge’ yang menguji pengetahuan kanak-kanak dalam aspek Fardhu Ain, Al-Quran, dan hafazan. Sebanyak empat pasukan bertanding merebut gelaran juara KAFA Cup.
Malah, Astro turut menjalankan program kebajikan melalui Astro Kasih, dengan mengagihkan 300 pek prihatin kepada golongan yang memerlukan dan 300 beg sekolah kepada Yayasan Munarah bagi menyokong pendidikan anak-anak.
Bantuan kepada program ini masih dibuka dan boleh disalurkan melalui akaun Yayasan Astro Kasih di nombor RHB Bank Berhad 21412900254230 sepanjang bulan Ramadan ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.