Ada yang tertanya kenapa hati ni ada kala rasa resah dan jiwa rasa gelisah. Rasa macam hidup tak tenteram. Di mana salah kita?
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda:
الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ
Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.
Riwayat Ahmad (18006)
Ketenangan jiwa dapat dikurniakan apabila kita melakukan kebaikan, manakala jiwa yang gelisah dan penuh dengan keraguan adalah punca daripada dosa-dosa yang kita lakukan.
Tetapi adakah kita akan sentiasa akan hidup dengan jiwa yang tidak tenang? Semestinya tidak. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Dan merujuk kepada sebuah hadis daripada Abu Hurirah R.A, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa, beristighfar dan bertaubat, nescaya digilap hatinya.
Sebaliknya, apabila mengulangi dosa, akan ditambah padanya titik hitam sehingga memenuhi hatinya, maka itulah dipanggil al-raan (الرَّانُ) yang Allah nyatakan: {كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
Riwayat al-Nasa’ie (11594)
Jadi hati yang tidak tenang disebabkan dosa yang pernah dilakukan boleh ditebuskan semula jika kita bertaubat kepada Illahi. Dan mengurangkan cahaya kegelapan dalam hati ini.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.