Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kisah Keluarga Tiba-Tiba Kaya, ‘Jutawan Ekspres’ Menemui Penonton di Astro Ceria Mulai 21 Julai Ini

ROSTAM, Mohamad Firdaus
03 Jul 2025, 04:26 PM

kisah keluarga tiba-tiba kaya, ‘jutawan ekspres’ menemui penonton di astro ceria mulai 21 julai iniAstro Ceria bakal menghidangkan satu lagi karya komedi menarik menerusi siri terbaharu mereka, Jutawan Ekspres, yang akan mula bersiaran setiap hari Isnin, jam 9 malam bermula 21 Julai hingga 8 September 2025.

Siri ini terdiri daripada lapan episod dan menjanjikan hiburan keluarga penuh gelak tawa, sarat dengan mesej bermakna tentang kekayaan, nilai kekeluargaan dan cabaran kehidupan.

Siri Komedi Baharu Daripada Penerbit Popular

Jutawan Ekspres merupakan naskhah terbaharu daripada barisan penerbit komedi tersohor yang bertanggungjawab menghasilkan siri hit seperti Kampung People, Keluarga Iskandar dan Dr Pontianak.

Ia menampilkan barisan pelakon popular tanah air termasuk Elly Mazlein, Bell Ngasri, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak, Qistina Khaled, Kim Azzim, Puteri Rafasya, Sufi Imani, Samsuri Sam, Jordan Wang dan Mandy Chong.

Kaya Mendadak, Hidup Kucar-Kacir?

Mengisahkan sebuah keluarga miskin yang tiba-tiba menjadi jutawan selepas satu kejadian luar biasa, mereka berpindah ke kawasan elit Kayangan Hills.

Namun, kekayaan yang datang secara mengejut ini membawa pelbagai ujian. Dari saudara-mara lama yang muncul untuk menumpang tuah, hingga jiran-jiran opportunis yang tidak ikhlas dalam persahabatan.

Dalam kesibukan menikmati kemewahan, mereka diuji dengan konflik dalaman dan luaran yang menggugat keharmonian keluarga. Mereka akhirnya belajar bahawa wang bukanlah segala-galanya, dan pelaburan bijak serta kasih sayang keluarga jauh lebih bernilai daripada kemewahan semata-mata.

Adakah kekayaan benar-benar membawa kebahagiaan? Temui jawapannya dalam Jutawan Ekspres, sebuah drama komedi keluarga penuh gelagat, emosi dan pengajaran. Temui mereka bermula 21 Julai, setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ceria.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us