Pernah dengar tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau adalah seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim di mana pada akhir hayatnya beliau telah mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luas sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.
Tanah yang diwakafkan itu Tanah itu telah dinaikkan sebuah menara 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.
Menurut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun.
Beliau telah meninggal pada 24 Januari 1987 di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.
Harta selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Ada juga keluarganya yang datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat bertapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.
Hamba Allah bernama Ahmad Dawjee Dadabhoy ini telah mewakafkan hartanya bernilai puluhan hingga ratusan juta sehinggalah diakhir hayatnya dia cuma tinggal di sebuah rumah flat dan meninggal dengan baju dan kain pelekat putihnya dilingkungi buku buku bacaannya.
Sumber - Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.