Tahun ini, kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop.
Menurut beliau, kadar zakat fitrah yang telah ditetapkan itu adalah berdasarkan harga semasa beras Super Tempatan Gred A yang lazim digunakan oleh masyarakat di Selangor.
Namun, bagi golongan yang berkemampuan, mereka digalakkan membayar zakat fitrah sebanyak RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang dimakan diri sendiri dan tanggungan.
Bagaimanapun, disebabkan ramai umat Islam di Selangor terkesan kemampuan kewangannya susulan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, mereka boleh menunaikan zakat fitrah mengikut kemampuan diri serta keluarga masing-masing.
"Menunaikan zakat fitrah adalah wajib bagi umat Islam namun jika tahap ekonomi individu itu terbatas ketika ini, mereka boleh membayarnya ikut kemampuan diri dan keluarga.
"Contohnya, jika keluarga ada empat orang tapi yang mampu untuk dibayar hanya dua orang, maka bayar dua orang saja," katanya.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.