Setiap orang akan melalui kesusahan di dunia ini. Terlihat kecil pada mata kita tetapi amat besar kepada orang yang melaluinya. Sebalik senyuman manis, ada air mata yang mengalir.
Namun kita tidak tahu, ujian yang ditimpakan kadang-kadang menjadi asbab kepada kemudahan hidup orang lain.
Kehidupan Nabi Yusuf diambil sebagai pengajaran kepada kita umat Islam. Jika baginda tidak diuji dengan segala ujian yang dia lalui, pelbagai perkara tidak akan berlaku.
Setiap kesusahan dan ujian, pasti ada kebaikan dan pengajaran.
Sumber: Nouman Ali Khan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.