Seorang lelaki mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya ketika dalam perjalanan di sebuah lebuhraya.
Kejadian yang berlaku di Aydın, Turki ini menyentuh hati masyarakat apabila dilihat sedang menunaikan solat sunat sebagai tanda syukur kerana terselamat daripada kemalangan.

Gambarnya ini tular di media sosial dan dikongsikan pengguna media sosial di seluruh dunia.
Kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) milik individu berkenaan dilihat remuk dibahagian hadapan dan kiri kereta.

Menurut sumber, lelaki ini dikhabarkan menunaikan solat sunat lengkap menggunakan sejadah sementara menunggu pihak polis sampai memberikan bantuan kepadanya.
Sumber: IlmFeed
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.