
AHMAD Khariri Al-Hadi Md Tusop, 40, antara penderma hati terawal di negara ini. Kisah keberaniannya pernah tersiar di media massa pada 2004 selepas dia menyuarakan mahu mendermakan hati kepada adik Mohd Yohitt Mohd Farhan Kutty Krishnan, (ketika itu berumur setahun); penghidap Billiary Atrisia atau bengkak hati.
Perjuangan Ahmad Khariri bukan semata-mata mahu mendermakan sebahagian hatinya kepada Adik Mohd Yohit (yang meninggal selepas kita-kira 40 hari selepas pembedahan di hospital swasta di Singapura). Tetapi juga turut sama-sama berkempen mengumpulkan dana berjumlah RM245,000 untuk pembedahan tersebut.
Ramai yang ingin tahu kenapa saya terdetik untuk menjadi seorang penderma hati. Bukan populariti yang saya mahukan, jauh sekali mengharapkan balasan kewangan. Saya lakukan ini kerana ihsan. Ihsan yang saya pelajari daripada seorang insan berlainan bangsa dan agama bernama Tamayoshi; seorang warga Jepun. Beliau adalah pengurus saya di sebuah syarikat kimia di Shah Alam.

Masih ingat betapa resah dan remuknya hati saya di suatu hari ketika ibu menelefon memaklumkan anak ke dua, Nur Anis Balqis Al Huda, (enam bulan ketika itu) ditimpa kecemasan.
Menurut doktor, apa yang dialami oleh Anis adalah usus besar beliau telah keluar dari lubang dubur. Kes ini hanya 1/1000 di antara kanak-kanak seluruh dunia. Sekiranya tidak dibedah dan ditarik masuk ke dalam perut semula dalam tempoh lima jam, usus akan membusuk dan ini bermakna sepanjang hayat Anis akan membuang najis melalui lubang yang akan ditebuk di perutnya. Ya ALLAH! Tidak sanggup mendengar apa yang diterangkan doktor. Lebih mengejutkan, kos pembedahan RM10,000! Dari mana kami ingin mendapatkan duit sebanyak itu dalam tempoh lima jam sahaja?
Pengurus warga Jepun Usai,Menulis dan menyerahkan cek bernilai RM10,000 kepada Khariri dan Usai berkata,”Khariri-san,go to hospital now!”

Adik Mohd Yohitt juga memerlukan dana untuk pembedahan. ALLAH mempermudahkan urusan bapa adik Yohitt, iaitu Encik Mohd Farhan Kutty Krishnan yang merupakan saudara baru Islam ketika itu. Malah, bapa arwah adik Najwa, Encik Shariff juga membantu soal dana. Kami bertiga menjadi rapat hikmah kejadian ini.
Selang 40 hari selepas pembedahan pemindahan hati antara saya dan adik Yohitt, bayi comel itu pula menghembuskan nafas akhir akibat masalah ubatan
Sumber : denaihati
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.