Sehari berapa kali anda baca Al-Quran?
Tak kira lah berapa banyak anda baca Al-Quran, tapi kenal kah anda dengan Al- Quran?
Jadi, hari ini kami nak perkenalkan anda dengan Al-Quran.
#1 Al-Quran Merupakan Kata-Kata Dari Allah
Al-Quran merupakan kata-kata dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril.
Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 1:
"Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
#2 Petunjuk Kepada Manusia
Al-Quran juga merupakan petunjuk kepada manusia. Kitab ini membantu manusia untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Tanpa Al-Quran, pasti seseorang manusia itu akan sesat.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 (2:185)
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
#3 Kitab Terakhir Yang Diturunkan Oleh Allah s.w.t
Al-Quran juga merupakan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Al-Quran juga menceritakan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Jadi, kitab ini akan sentiasa bersifat universal dan relevan setiap masa.
Firman Allah dalam surah An-Nisaa ayat 47 (4:47)
"Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu"
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.